About Me

My Photo
Traveling is my passion. I travel in many different way. I use to backpack and now more into light travel. But sometimes I can be a luggage dragger and stayed in a posh hotels. I enjoy that when I have some opportunity to do so. I like to write and share my experiences and hope you all enjoy reading. You are welcome anytime if you wish to come along when there's any organise trip comes up later on. Just drop me on comment anytime.

Tuesday, May 29, 2012

terjerumus baca...aduhai

Ayat appreciate sangat kat bf dia.

'You dont need a complicated set of rules to find a good person to love you. here's the only thing you need to know: If someone loves you, they'll do anything just to keep you around-with encik he'll go anywhere and everywhere!


Aduhai terasa aku sehh.. aku boleh kira masa first day aku kawan ngan dia, sampai 5 bulan lah, wherever saja dia nak berkepit jer ngan aku sampai aku rasa apa yang awek dia rasa sekarang. Rasa sangat di hargai dan di sayangi.

Tapi sekarang aku kene teruskan hidup. Biarlah tuhan balas balik apa yang dia buat pada aku pada keluarganya kelak. Tuhan maha mendengar doa orang orang yang teraniaya.

I doakan kebahagian mu ferd.....

thanks god aku hampir melupainya

Minggu ni dan minggu depan, aku sangat sibuk yer. Almaklumlah menguruskan apa apa yang patut untuk WGC conferenc ekat KL ni. Boss besar banyak yang turun so sibuklah jadinya. Sekurang2nya aku dapat lah melupakan sedikit masaalah aku ni. hahah bukan nak lari dari masaalah tapi aku nak lupakan seketika. Cuma terkadang bila budak kecik ni teringat tu yang macam malas jer nak layan. Sebabnya aku sendiri pun akan sentap. Itulah namanya hubungan antara 2 hati.

Sat lagi aku nak gi Klinik lagi. Petang skit aku nak gi Andalusia pulak. Masanya dah hampir tiba....

Monday, May 28, 2012

weekend yang hangit


Apa lagi yang nak dibuat kalau dah sorang-sorang? Kalau berjalan dgn kawan taklah terasa sunyi nya. Tapi aku rasa nak berseorangan. Aku drive lah dari umah ke Pahang. Semata-mata memandu sahaja. gerak malam, lepas magrib macam tu. Tujuan? entah lah saja nak penuhkan agenda aku yang kusut ni. Setakat jalan jalan tanpa tujuan, aku bantai je. Bawa pun dalam 60km p/hour. slow jer. sambil layan perasaan.

Last last aku singgah umah abg aku, kot kot nak lepak ngan anak2 buah aku yg 3 orang tu, rupanya hampeh, mereka semua balik kampung.So aku sorang lah lagi. Terasa bahagianya kalau ada teman sehati sejiwa namun begitu itu cumalah khayalan semata. hahah perasaan kann aku ni....Sapa lah yg nak kat aku ni haa. Yang nak kat aku semua nya nak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sekarang malas aku nak cari-cari lagi terutama lelaki melayu yang terakhir adalah encik tu ha....kira dalam hidup aku dia lah yang meninggalkan kesan yang sangat pahit untuk aku tempuhi.

kalau lah aku tahu niat sebenar dia mula-mula dulu, baik aku terus mengelak dan mengelak. hahah tapi tuhan tu maha kuasa, dia jadikan juga.....ni lah nama nya takdir yang menetukan segalanya.

sedih durgghh... apa lagi lah aku nak wat kalau teringat kan dia, hati sentap pastu sebak pastu sedih pastu nangissss.. wuaahhhaaaa.. hahaha macam bodo jer kan aku ni. Dah orang tak hendak buat apa la nak merayu lagi... nauzu billah.

Friday, May 25, 2012

perkabaran tak semuanya indah

Semalam, nak elak meluangkan masa berseorangan, aku ikutlah kawan aku si Su ni pergi ke Putrajaya untuk menjayakan Hari Belia 1 Malaysia. Almaklumlah, ibu tunggal kaann. Hehehe kene terus berdikari. hahaha
Aku rasa kali ni Hari Belia ni macam sangat tak terurus. Pentas di sediakan sebanyak 24 tapi takder indicator langsung camner nak pergi pentas yang kita nak cari. Map apatah lagi, langsung lah takder. Addoi penat aku nak berjalan jalan ke hulu ke hilir nak cari pentas kawan Su tu.... dia dok nyanyi kat situ haa, so kitorang datang nak support laah konon. Pastu gerai makanan dia nun jauh kat ujung stadium tu haa. dapat org mcm aku ni dah kurang larat nak marathon kowt. hahah Ada yang aku tengok stage artis dok nyanyi tapi audience takda. ishhh sambuatan tak hangat laa sangat. Mungkin weekend ni kowt bila artist besar mai singgah...
Dalam kesebokan aku mencari-cari, tetiba hati aku ni terasa beremosi sangat. Macam nak nangis. lepas tu boleh terbayang muka encik...Memang takde guna aku nak ingat kat dia lagi tapi sebab si budak kecil ni kot teringat atau terpanggil papanya yang membuat hati aku tersentap juga. Haaiii laa anak a'mie, papa mu tak nak kan kamu sayang. Jadi ubatilah hati mu sendiri nak. Berbisiklah pada a'mie sekiranya anak a'mie ada masaalah. Minta lah pada Allah agar hidup mu lebih bahagia kelak. A'mie akan sentiasa ada di sisimu sekiranya kau menangis merinduinya, Insya Allah....

Thursday, May 24, 2012

Demi masa sesungguhnya aku itu dalam kerugian

Setelah beberapa minggu dan hampir 2 bulan aku di dalam kesedihan dan kekusutan dunia, akhirnya aku telah mengambil satu langkah kehadapan untuk meneruskan hidup. Mengabdikan diri pada Allah swt. Aku sedar inilah balasan aku kerana hidup dalam ke alpaan. Tidak bersyukur dengan apa yang di berikan. Tapi aku nampak perubahan besar dalam diri aku sendiri iaitu SABAR.... Aku bersabar atas apa yang terjadi. Aku bersyukur atas apa yang terjadi dan aku redha atas apa yang terjadi. Semua ini adalah Qada' dan Qaddar ke atas diriku ini. Ujian yang kau berikan pada ku kali ini tersangat besar Ya ALLAH! namun akan aku laluinya atas keredhaanmu.

Insya'allah kalau tiada halangan, atas jemputan mu, aku akan pergi. Pergi mengadap Mu. Biar berseorangan namun akan aku pergi jua.
Ya Allah, kau permudahkan lah urusan perjalanan ku, perjalanan hidupku dan si kecil ini agar dia lebih tabah mengahdapi dugaan mu kelak. Amin ya rabbual alamin..

Tuesday, May 22, 2012

senyumlah wahai hati yang bersedih...

 Sambutlah cinta ALLAH yang dicurahkan kepada hambaNya..
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…
Tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..
Tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..
Himpunkanlah peritmu di genggaman doa..
Tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…
dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..


Sekilas doa Rabiatul Adawiyah
Ya Allah "Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”


 Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”


  



Monday, May 21, 2012

karaoke lagu sedih. laayaaannnn....

Orang cakap aku ni senyum sentiasa tapi tuhan saja yang tahu masaalah aku. Abg long dah nasihatkan aku supaya buat itu dan ini tapi aku ni kan degil, tak mo dengaq cakap dia. lepas tu dia cakap ada hati nak jumpa pak long, tak takut kene sekolah? aku senyum jer.... aku cakap kalau dah aku yang buat salah aku terima jelah apa yang pak long nak cakap tapi sib baik Pak long ngan mak long tgh busy so tak jadilah jumpa.Sebaliknya, melepak jelah ngan abg2 aku tu, derang lah peneman aku. bro hamzah ngan bro aioi mendengar keluhan hati aku sambil menunggu encik singgah bentong katanya. Tapi sampai malam pun kelibat pun takde. jangankan call, sms pun tidak. apatah lagi nak jawab call atau sms yg abg aku hantar. hmmm macam ni nak settle macam tah.

Petang tu kitorang siap gi karaoke. Apa lagi abg aku suh layannnnn dikk.. jeriitt kan nagis kan kalau nakk. hahaha. Suara aku yg tak sedap ni, dalam keadaan sedih ni terus jadi best. hhmmm mana tanya nya nyanyi dengan penuh perasaan. Apatah lagi nyanyi lagi 'kenangan semalam-olan' terus aku teringat encik. hahahah terasa kelakar lahh.

Aku tak pernah cakap encik ni jahat pada sesiapa pun. Encik ni sangat rajin, penyanyang dan agak tamak hahaha. Bukan tamak apa, tamakkan kasih sayang kowt. entahlah tapi aku tengok encik ni menganggap aku yang bukan bukan. Siap tuduh aku invlove line gengster lah nak pukul dia lah apa lahhh... aku pun pelik. Yang tahu pun mmg abg aku tu jelah. Aku tengok encik ni dah macam takutkan bayang bayang dia sendiri. Sedangkan jalan penyelesaian yang kami orang nak bentangkan adalah sangat simple cuma kita nak bersemuka jer kowt.

Bila ingat balik ugutan encik kat  aku hati tu sepatutnya aku yang rasa gerunnya. Siap nak tumbuk terajang aku, nak heret kan aku ke mahkamah pastu dia nak tarik aku masuk dalam. itu lah ayat dia pada aku dalam phone. Aku sebagai org pompuan, takut gaks dowh... dia lelaki kowt. Almaklumlah, tgh siok bercinta ngan awek baru, tetiba salah sume kat aku. pelik laa.

Malam sikit aku tgh driving dari higway karak, papa dia call. Aku jawab macam biasa jer. Tapi bunyi seperti tak berpuas hati dengan aku. katanya encik dah cerita ngan dia pastu aku siap involve orang ketiga siap main ugut ugut. Hmmm. Sapa orang ke tiga tu? Abang aku hamzah ngan aioi kowt. Derang jerlah yang tau. kalau abg2 aku yang lain tau kat setiawangsa dan keramat tu, aku mati dulu pastu baru derang cari encik kot.....

Aduhai,.... kenapa lah aku yang jadi mangsa kali ni... seriklah nak bercinta ngan budak melayu lagi....sama bangsa, sama agama aku ingt dia lebih elok keperibadiannya untuk menjadi seorang suami yang bertanggung jawab, tapi hammpeehhhh......
Encik ni bila aku call ke sms ke dia dah tak layan dah. macam mana nak settle tah. Ni sikit hari aku nyer hyper tension naik lagi terus kerahmatullah aku ni. nauzu billah hi minzaliq!
Aku tetap mencari keredhaanmu ya Allah, permudahkan lah urusan jalan keluar dari bebanan ini...

Friday, May 18, 2012

Sebak

Aku tak tau lah macam mana nak mengubati hati ni. Sebak sesangat tapi tak tau apa yang aku nak nangiskan. Sinar Fm pulak asyik dok putar lagu yang buat aku sedih dowh.... kenapalah aku harus melalui putus cinta ni lagi sekali. sakit laaaa wooiii...  Bila nak habis ni pun tak tau lahhhh.
Hari hari perasaan sebak ni sangat membuatkan aku stress. rasa macam nak cabut jantung dan hati ni letak dalam air cuci pastu masukkan balik....

:-( sedih sehh

Thursday, May 17, 2012

Addooiiiii, bila nak habis nih


stress aku di buatnya.....macam-macam penyakit datang bila aku stress ni.  :-(

Macam aku lah ni...

Wednesday, May 16, 2012

Disaat aku mencintaimu


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,
Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta,
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.

EII - emotional induce illnesess

dah 2 hari Encik ni tutup phone. Mungkin bateri kong kowt. entahlah. tapi apa-apahal pun, aku dapat rasakan yang Encik ni tengah gentar. Itulah, bak kata pepatah, 'air yang tenang jangan di kocak' jangan pandang aku ni seperti org bodoh dan takder keluarga dan kau boleh memporak-perandakan hidup aku. Kalau kau co-operate dari awal dulu, kita boleh settle sendiri tak yah nak invlove mak bapak dan keluarga kan...Kau nampak aku kecik tapi aku pakai baju juga beb.

Ni, meeting esok kat rumah dia entah jadi ke tidak. Kalau dia takder, tak guna juga kalau datang. Biar abng long aku berbalas pantun sikit ngan papa dan mama dia. Keluarga encik ni memang dah pandang aku macam dah tak bermaruah. Pedih dowhh! bak kata mama dia, ' mama tak bersetuju encik kawan ngan aku sebabnya aku terlalu BEBAS.' Lain kali beringatlah dan ambik ikhtibar dari kisah zaman rasullullah dulu kenapa seorang pelacur masuk syurga dan sorang imam masuk neraka....Jangan label orang dari luaran sahajaaa...

Walaubagaimana pun, hati aku tetap sedih dan aku bersyukur pada Allah atas apa yang terjadi....

Ya Allah, sesungguhnya ' Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin......'

Tuesday, May 15, 2012

kenapa hati tak tenang2

kenapa lah hati aku ni tak tenang2 niihhh...adakah aku sedih memikirkan hal hal masa depan aku? mungkin kah aku salah pilih? Ya Allah, kalau lah boleh masa itu di putarkan semula, tak ingin aku berkenalan dgn Encik ni langsung....Aku sudah cuba mengelak dalam tempoh sebulan tersebut dahulu. Tetapi tu semua takdir Allah, akhirnya aku terbuka hati untuk berkawan dengannya.

Dan kini, aku terhiris pedih dan siapa yang boleh mengubatinya? Hanya aku lah yang boleh ubati luka ini sendiri. Jadi ni salah siapa? aku atau dia?

entahlah...

Monday, May 14, 2012

boleh caya ker??

Encik call. Dia kat Trengganu. Dia melepaskan geramnya kat aku. Aku dah bagi satu option kat dia yang mana dia boleh teruskan perhubungan dia ngan awek baru dia tu. Pujian dia pada awek tersebut melambung2 - bunyi sangat dia sayangkan awek tersebut. Seperti mengagungkannya. 'Dia sngat baik katanya, dia support I untuk bertanggung jawab dan dia lebih memahami I'. habis aku ni apa? tak support dia? tak paham dia? lepas tu ada hati nak jadi tamak. nakkan dua dua. nampak tak? kau baru kenal dia 3-4 minggu kowt. Aku pasti mama dan papa kau dah jumpa sebab tu kau mula menabur kata kata manis. lepas tu ada hati nak ikat aku lagi sebab apa? sebab kereta? sebab harta? Aku ni orang miskin laa.... kalau dah tak syg tak payah lah nak berdusta. bagi aku macam2 alasan, menuduh aku macam2, bagi aku harapan lagi. tapi ko nak gantung aku buat apa tah? ke kau nak balas dendam? Aku pun tak tahu apa salah yang aku buat pada kau hingga kau buat aku camni. Sakit sehhh!

Imbas kembali kisah aku dan encik ni. Aku pasti tiada perbezaan nya antara aku dan awek baru dia tu. Cuma aku rasa sedih lahh dia buat aku sangat teruk yer. Aku suh dia fikir elok elok. Sebabkan aku ni pun bodoh, buta dgn kasih sayang, menumpang kasih keluarga hinggakan maruah aku letakkan nombor 2. Sedih mmg sedih tapi mmg dia tekan kan dia dah tak sayangkan aku pastu nak simpan aku buat apa tah?

Bila kau menangis depan aku, aku tak tau nak percaya ke tak. Aku tak pandai baca hati orang. Cuma aku ni berhati lembut.  Aku kene fikir apa akan jadi kalau aku teruskan dgn encik ni. Casanova yang penuh dgn propaganda kowt. nak benci tak boleh. nak sayang pun dan kurang. aduhai....

Yer aku masih sayang kat dia kalau ko tanya tapi dah tak sepenuhnya. kalau dia boleh buat aku percaya pada dia lagi dgn kuasa Allah swt, insya allah lah kowt. tapi aku cuma nak berhati2 itu jer sbg jaminan masa depan aku kowt.
Ya Allah berilah aku kekuatan akal dan fikiran, lembutkanlah hatinya, ubahlah sikapnya jadi seorang yang lebih memahami. Cinta kasih dan sayang itu semuanya datang dari Mu ya Allah.... berikanlah aku jalan penyelesaian dan mudahkanlah urusan ku dunia dan akhirat. Amin2 ya rabbul alamin.

dia jolok sarang tebuan daahhh

aku tak tau nak fikir apa lagi dah. kalau nak cakap pasal maruah, maruah aku lagi dah kat kaki diorang. Lagi lagi maruah seorang perempuan bila ibu bapanya membuat tanggapan sebaliknya. Perempuan yang terlalu BEBAS? Sejauh mana mereka tahu kebebasan aku? Dan sejauh mana mereka tahu kebebasan anak mereka? Sedalam mana mereka mendalami latar belakang aku? Berkenalan dari kata kata anaknya? Yer, aku seorang perempuan di jemput oleh anaknya ke rumah ibu bapanya untuk di pertunjukkan pada mereka, adakah aku boleh menjadi menantu yang baik? Sekurang kurangnya keluarga aku tau yg aku berkawan dgn anaknya. sekarang aku tahu, setiap gadis yang anaknya berkenan akan dia bawa pulang untuk di pertunjukkan, mungkin untuk mendapat restu kowt. keluarga mereka yang kelihatan lebih relax dan open kini aku tahu yang sebenarnya di hati kecil mereka hnya tuhan yg tahu.

bahasanya sangat berlapik tetapi menuding jari pada aku. Bapanya lebih menekan kan kesalahan dan kebodohan itu memang dari aku. Aku yang bodoh ni, sanggup datang dan terima cemuhan pedas dari keluarganya dan aku masih mengangguk tanda hormat. Yer papa memang mie bodoh.... yer mama, mie minta maaf. Kalau boleh aku tak nak involve kan keluarga dia terutama mama. Kesian dia kene tanggung perasaan sakit hati dgn apa yg terjadi. Aku dan mama berpelukan depan yang lain-lain. Manakala kakak yaya, melihat kami dengan penuh sebak. Baby kecil yang tak tau apa-apa.

Ikutkan pendapat mama, dia takder choice lain....kene tunggu dia balik dari outstation. Discuss....abg aku akan datang gi umah dia juga discuss. then kita tengoklah...

Walau apa apa pun, kurang lah sedikit bebanan perasaan yg aku tanggung ni. Sharing dengan abang tersayang dan kawan akrab. Tetapi di hati ni masih terasa pedih gurisnya.

bersua juga akhirnya

 
Tuhan nak tunjukkan betapa besar kuasanya.
Di pertemukan aku dgn encik dan gadis barunya dia satu restoran yang sama.
Sedang dia hendak mula makan, aku datang dan bersalam sambil mencium tangannya tanda hormat kasih syg aku pdnya. Aku hanya mampu tersenyum memandang gadis itu kemudian encik berlalu pergi ke arah parking.

Encik mula bersikap dingin dgn aku.Rupa rupanya, gadis baru di kenali sangat manis dan cantik. Muda remaja dan baru lepas grad. Aku tak gaduh tapi encik sangat bersikap defensive. Orang marketing memang macam tu. Aku mmg kalah dgn orang marketng ni. Mulut sangat manis. Dan aku ni sgt lembut hati.

Pertengkaran berlaku sikit, bila kawan baik aku ni dah tak sabar tgk aku ni di pijak-pijak seperti tiada maruah diri dan keluarga. Aku dapat rasakan yang encik ni cuma sayangkan aku sebab kereta? sangat sedih kowt. Untuk aku yg dah vintage ni bak kata encik, inilah aku baru rasa cinta kasih seperti ada bunga dalam taman masa mula kenal dulu. Mana taknya lelaki melayu pertama dan mungkin terakhir aku ingin percaya.

Sesungguhnya, encik yang aku kenal ni casanova, mulut manis...cepat sungguh dia berubah hati. Bak kata pepatah melayu, habis madu sepah di buang. Haaa kena lah tu. padanlah muka aku bodoh sangat! Tapi apa apa hal pun, ada hkmah dan pengajaran. Walau maruah aku tercalar di hadapan keluarganya, dan mungkin akan aku di caci cerca oleh orang-orang, aku akan terus tabah. Itu cuma harta dunia, aku lebih takutkan akhirat kelak.

Aku seorang perempuan. Mungkin terlalu bebas dari segi jalan jalan ke negara orang dan tak pernah aku inginkan keseronokan lain selain dari mengkagumi ciptaan Allah semerata tempat. Dan aku masih ada harga diri di sisi Allah swt. Tanggapan orang berbeza beza, wanita bertudung lebih di pandang mulia di mata tapi aku? Hanya Allah swt yang tahu. Aku masih ada keluarga, tanggung jawab terhadap mereka dan aku tidak mengabaikan tapi takperlulah untuk aku bercerita tentang kebaikan yang aku lakukan kerana ia akan membuat fikiran orang betapa riaknya aku.

Anyway, encik lelaki melayu terakhir untk aku kenang kebaikan, dan kemanisannya. Aku hanya mampu tersenyum dalam kesedihan.

Thursday, May 10, 2012

sedih sangat sangat

hari ni aku sangat sangat sedih ye. orang yang aku sayang giler macam nak mati sekelip mata berubah. 'dia cakap boleh tak kita stay professional?' you dgn life you i dengan life i tapi i masih nak kawan ngan you sbb i syg kan u lagi. Memang I dah ada gadis baru, so sekarang I dah tawar hati nak kawin dgn you.
Tersentap hati aku. dah la aku kat opis, terpaksa aku control perasaan ni. Dia cakap dah ada orang nak sayang dan paham diri dia, takkan dia nak biarkan. Mungkin dia tak sedar betapa besar pengorbanan aku terhadap dia selama ni, dia boleh tuduh aku main kayu tiga. sedih dowh! teruk aku nangis dalam toilet sampai sedu sedan.
Dia lah jejaka melayu yang ke 2 pernah aku jatuh cinta lepas 12 tahun lalu tapi itu semua dusta. Apa yang dia nak dari aku sebenarnya pun entahlah. Start 17 hb april dia dah bersikap dingin ngan aku, rupa rupa dia dah mula mencintai gadis lain.
Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia kot. namun begitu akan aku laluinya suka duka sendiri lagi. Aku kira dulu dia yang terbaik untuk ku. Syg aku terhadap dia sangat tak terkata. Aku sanggup lakukan apa saja untuk dia walau di luar kemampuan aku tapi kini aku cuma seorang gadis yang patah hati dan tak mungkin akan jadi kawan atau sahabat dia lagi walau pun aku di paksa.

Sbb aku sgt syng kan dialah aku tak sanggup berdepan dgn semua tu. Aku bukan baru sekali dua bercinta. Aku dah 34 beb tahun ni. Mungkin aku di takdirkan tak akan berumah tangga kowt. Entahlah...aku takleh nak tidur, takleh nak buat kerja takleh nak focus langsung. Jadi bila dia ckp dia dah tawar hati ngan aku dan confirm dia dah ada gadis baru, oleh itu aku mengalah. Biarlah aku bersedih sendiri, biarlah aku merana. lepas ni aku nak berenti kerja, dan balik kampung mungkin aku boleh pujuk hati aku yang luka ni.

Hutang hutang pandai lah aku cari nak bayar. Biarlah aku bercinta dengan alam dan hutan, air terjun dan laut yang lebih memahami hati dan perasaan aku. ...

slmt tinggal syg, mungkin ko tak baca blog ni tapi ikhlas aku cakap yang aku mmg sygkn ko dari hari pertama aku mengnalimu. smoga kau bahagia.

xoxo 

Wednesday, May 09, 2012

Over excited punya pasal kannn

Aku dapat panggilan dari tour agent aku di China. Yang best nyer guest aku happy giler pergi sana dan aku rasa alhamdulillah sebab diorang selamat dan happy.  Tapi selain dari tu ada kejadian yang agak menarik berlaku. Tour guide aku dah hasut guest aku ni pergi ke Hong Kong sebabnya it so near and can be reach by MRT train to Hong Kong. So guest aku ni teruja laa, apa lagi tapi guest aku ni lupa yang diorang ni cuma ada single entry visa ke China. Lepas tu haru birulah jadinya. Dah teruja shopping sakan kat Hong Kong lepas tu, tak boleh masuk Shenzhen balik. amik kaauuu... padahal esoknya nak flight balik KL dah ni....

Nasib baik lah agent aku ni berperikemanusiaan, running aroundlah diorang tu apply visa dan sebagainya. Hari ni, guest aku tu on the way nak balik KL. Harap harap mereka happy with the experience.



Moral of the story: Follow je itinerary yang di sediakan. Ni kalau kene agent lain ni, aku rasa mesti masak diorang ni tak balik KL. Dah kehabisan cash sebab bershopping la katakan...

Friday, May 04, 2012

Adakah itu tanda awal kanser?

Aku mengalami satu keadaan yang tak menyenangkan dalam seminggu ni. Aku rasa sakit perut yang tak dapat nak di jelaskan macam mana. Rasa nak muntah, mual, loya tak tentu hala tuju. Mula-mula aku suspect angin je. Tapi dah aku bantai halia O, dah aku sapu medicated oil dan macam-macam lagi tapi masih tak hilang.

Keadaan loya ni buat aku rasa tak selesa dan malas. Aku baring pun siap tertongeng-tongeng. Aku belum lagi jumpa doktor ni. Takut la kot kot doktor cakap awak, mengalami tanda tanda awal kanser perut. errkkkk...
BAKTERIA Helicobacter pylori antara punca kanser perut.

Loya ni buat aku letih. Dalam train nak gi kerja pun rasa macam nak muntah jer. Mengandung? kalau betul ok gak kan. hahah.


Sakit kepala aku mikir bende ni lah. Macam macam yang aku bayangkan. Stress pun bole jadi juga betul tak. Petang karang aku nak gi melawat doktor.

Wednesday, April 25, 2012

Guang Zhou Muslim Tour 2012

Just to inform, the package is open for 2012. Please drop by at Guang Zhou Muslim Tour
Do let me know if you tend to go less day than that day. Crossing Journal can help tailor made your tour plan.

Thanks
Emie

Spring Cleaning

I have been attacked by those mosquito's and little tiny shit flys. I donno why. Maybe I am having a sweet type of bloods. Well, I guess due to my lack of attending the rooms and leave the room unclean that is the major guessing why those predators came by to my room.
Spoken to my friends about the shit bugs that attack me. I've got bitten all over my leg. Kind of peculiar to see those fly are very tiny. I wonder how am I going to get rid of it. I am going to clean up my room and hoping these flys will disappear pitty me eh. Maybe I should come home and clean the room more often.

Anyway, moving out soon, hopefully.